TYpe
Online Webinar
Group Size
100
Duration
1.5 Hours
Certificate?
Yes
Skill Level
Beginner
LOCATION
Price
Start Date
April 12, 2020 8:00 PM
End DATE
April 12, 2020 9:30 PM
Meal
Get Ticket
No items found.

Course Description

Realiti Terimbuh adalah sebuah teknologi yang mengabungkan kandungan digital dengan dunia sebenar; ia membenarkan imbuhan aset digital di atas paparan untuk menambah fungsi interaksi kita dengan realiti sekeliling. Walaupun, ia sering digunakan didalam aplikasi telefon pintar seperti Pokemon GO untuk tujuan permainan; teknologi ini juga boleh diadaptasi ke dalam sistem kritikal seperti panduan tunjuk arah, perbentangan, pembelajaran dan pelbagai lagi.

Manakala, teknologi Realiti Maya merupakan teknologi yang mampu memisahkan kita dari dunia sebenar dan melihat dunia digital yang dijana melalui komputer. Dunia digital ini mampu mensimulasikan pengalaman seolah-olah ia benar-benar berlaku. Terdapat banyak potensi kegunaan dan pengalaman digital yang boleh dihasilkan dengan teknologi ini. Secara amnya, pengguna perlu memakai peranti khas yang direka untuk memaparkan Realiti Maya seperti Oculus Rift dan HTC Vive.

Sertai sesi ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai kedua-dua teknologi!

Key takeaways:

  • Pengenalan kepada Realiti Maya dan Realiti Terimbuh
  • Perbezaan antara Realiti Maya & Realiti Terimbuh
  • Memahami faedah & batasan dua teknologi ini
  • Aplikasi RM & RT di dalam produk pengguna dan industri
  • Ketahui cara untuk berjinak-jinak dengan dua teknologi ini

Who Should Attend:

  • Individu yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi RM & RT


*Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Malaysia

Instructors

A.Hakim Noor
Producer Classes & Workshop

Did you see these?

You might be interested in these courses as well: